Salam semua di sini Anne nak share cara2 membasuh tudung terutamanya tudung yang berawning supaya awning tidak mudah rosak atau kemek...
Cara2nya adalah seperti dibawah ini:-)
- Kalau boleh untuk basuhan kali pertama gula lah dry clean....basuhan seterusnya boleh basuh guna tangan sahaja....Jangan skali2 basuh tudung dengan mesin basuh....ini akan menyebabkan awning tudung rosak dan batu2 manik pon boleh tertanggal
- Klu boleh gunakan mild detergent untuk membasuh tudung
- Seterusnya..bilas lah tudung dengan sedikit pewangi supaya tudung sentiasa berbau harum...erm wanginyer:-)
- Untuk menyidai sidailah tudung di tempat yang redup.. pastikan tudung diterbalikan terlebih dahulu...jika tudung disidai di ampaian, pastikan tudung dikepit di bahagian body sahaja....No..no...no..jangan kepit di bahagian awning..nnt awning rosak
- Sekiranya tudung perlu digosok..terbalikkan tudung...bermaksud gosok bahagian dalam tudung..ini dapat mengelakkan tudung daripada berkilat apabila suhu seterika terlalu panas..Pastikan juga suhu seterika pada suhu yang tidak terlalu panas..
- Adalah dinasihatkan supaya anda semua menggunakan hanger tudung untuk penyangkut tudung...